Seribu Group Developer Sdn Bhd merupakan syarikat persendirian kontraktor dan pemaju hartanah yang ditubuhkan pada 2017 di bawah Akta Syarikat 2016 ( No. Pendaftaran : 1238557 - X ), dan telah berdaftar dengan CIDB Malaysia mengikut Bahagian VI Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994, dengan Gred G6. Seribu Group Developer Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan dalam pembinaan pelbagai jenis banglo dan kediaman dengan bahan binaan yang berkualiti tinggi. Sehingga kini, kami telah membina lebih 200 unit banglo dan beberapa taman perumahan yang terdiri daripada Teres, Semi-D dan Banglo. Dan projek kami tiada lagi yang terbengkalai. Sejajar dengan pertumbuhan syarikat, kini Seribu Group Developer telah meluaskan pembinaan di Terengganu dan Kelantan.
Selamat Datang ke
Seribu Smart Centre
Bandingkan Dahulu Baru Dapat Kualiti
Platform semua-dalam-satu untuk mengakses sumber syarikat, media sosial, pengurusan projek, dan banyak lagi. Klik mana-mana butang di bawah untuk memulakan.
Seribu Group Developer Sdn Bhd
Misi
- Menyediakan perkhidmatan pembinaan yang berkualiti bersesuaian dengan kehendak pelanggan pada masa kini.
- Membantu masyarakat untuk memiliki aset dengan kualiti tinggi dan harga yang berbaloi.
Visi
Menjadi sebuah syarikat yang kreatif, inovatif serta berdaya saing dalam industri pembinaan sehingga mampu menjadi salah satu daripada syarikat pembinaan yang tersohor dan disegani.
Objektif
Untuk menjadi sebuah syarikat pemaju perumahan yang berjaya pada masa hadapan. Matlamat ini boleh direalisasikan kerana syarikat kini telah berjaya berada di landasan yang betul dan dibantu oleh kakitangan yang berpengalaman luas dalam bidang tersebut.
Butiran Syarikat
8.00 AM - 5.00 PM









Anak Syarikat
Seribu Reka
Menyediakan perkhidmatan pembuatan kabinet dapur, cermin tingkap dan kerja aluminium
Seribu Hardware
Seribu Group Hardware adalah tulang belakang yang memastikan bahan binaan untuk pembinaan mengikut kualiti dan piawaan standard. Seribu Group Hardware Diketuai Oleh Ahmad Fakrudin (CEO)
Seribu Teguh
Seribu Teguh merupakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan kerja logam berkualiti tinggi, merangkumi kerja-kerja kimpalan, pembuatan dan pemasangan gril, pagar serta pelbagai struktur besi mengikut spesifikasi dan piawaian yang ditetapkan.
Seribu Design
Seribu Design merupakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan reka bentuk pelan rumah secara menyeluruh, bermula daripada pembangunan konsep awal, penyediaan pelan bangunan, pelan teknikal serta pengurusan proses kelulusan sehingga ke peringkat akhir bagi mendapatkan Sijil Siap dan Pematuhan (CCC). Setiap reka bentuk dihasilkan mengikut keperluan pelanggan serta mematuhi piawaian dan peraturan yang ditetapkan.
Seribu Textile
Seribu Textile merupakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan tempahan langsir berkualiti untuk kediaman, pejabat dan premis komersial. Pelbagai pilihan fabrik, reka bentuk dan aksesori ditawarkan bagi memenuhi citarasa serta keperluan pelanggan, dengan mengutamakan kemasan yang kemas, berkualiti dan tahan lama.